R H Y T H M of LIFE//
RHYTHM of life.
Thursday 19 January 2017 β€’ 01:47 β€’ 0 comments

Assalamualaikum,

Hai gaiss, ok tetiba rasa nak update harini. Entahlah. Saja nak share tentang kehidupan. Koya kan? Hahahahaha. Well, for today we are talking about life. For me, Life can define as a journey. A journey of ppl in this world. How to faces? How to adapts? How to feel it? With who we gonna share this life? Which life we gonna prefer for the next life? Who will be our side? Who will trust you whenever you are in trouble? What will make you happy? What will make you sad? Who will hug you, calmed you whenever you are in mad, in sadness? All of this question hv a good answer and meaning to every single life. Life is like the melody of the song. A part of my life now, I am very happy because I hv my own diamond. My family is my diamond. They are my priority. Second, my best friend. Well, Bestfriend? What could I describes this word? Apa yang saya tahu kawan adalah kawan dan takselamanya dengan kita. 

Well, honestly I had lose my best friend long time ago. She never believe me. She never trust me. She just pretended that she is willing to be friend of mine, but insist of that she stabbed me. Well, I kept remembered what she said to me. "Saya takkan biarkan sesiapa usik awak." But, it just a word. Only word. And now I realize that ppl do come and go. Takselamanya mereka disisi kita. Takselamanya mereka menyayangi diri kita. Takselamanya mereka bersama kita. Find the truly best friend  who can accept you who you are. Accept your disfavor. Encourage you to be more stronger than before, to be more tough. Life is like a wheel. Tak selalunya di atas, tak selalunya di bawah. It is fair right? Allah itu maha adil. But keep this word, REMEMBER THAT ALLAH IS MOST FAIR AND HE WILL GIVE WHAT IS THE BEST FOR YOU.

Deeply in my heart, I'm touched what she had promised me before. I didn't expected that she left me. Em, like a novel but itulah yang berlaku dalam kehidupan aku. It is reality. Rentak dan irama hidup kita ni semuanya taksama. It is very different. Allah aturkan kehidupan yang berbeza ada hikmahnya. Salah satunya, biarlah kita sedar kita ni bergantung hidup kepadaNya. Allah knows what He's doing for His creatures. Allah has said in Al-Quran,"His command is "Be" and it is." So whatever happens in Life have a good messages from Allah. Redha and Tawakal. Am I right guys? Life is not always in happiness. Sometimes we are burden by something that we feel so hard to face. But, do not forget Him and supposely we should return to Allah and recite du'a. You know what, bukan semua orang boleh terima kita seadanya kita. Sometimes, disebabkan sesuatu. Sesuatu yang kita taktahu apa tujuan dia sebenarnya. And now, this type of life teach me to beware with ppl manners. 

Pernah dengar tak? Orang kata, hidup ni tak selamanya indah. Ada masa kita suka, ada masa kita duka. Bersilih ganti kan? Emm, biarlah kehidupan ini macam mana. We just follow the flow ✨. 

" Your true friends in life are the one who stuck by you through thick and thin. True friends are the one would for you in an instant and you would die for them in an instant. True friends drop everything they are doing when you need a shoulder to cry on,not someone that would say "I'm busy". True friends know everything about you. True friends are for LIFE πŸ’‘"

Then, I think I'm done here. Kbyee πŸ’‹

PUBLISH!

Perasaan tika kehilangan seorang insan yang paling bermakna.
Tuesday 17 January 2017 β€’ 02:22 β€’ 0 comments

Hai gaiss, Assalamualaikum.

Semua sihat? I hope all of you are fine. Nak share ape eh harini? Haa, nak share about this kind of question, Someone asked me, "Ainun, ape perasaan kau disaat kau kehilangan orang yang kau sayang?" Well, my answer is of course sedih, berduka. kau hilang orang yang kau sayang mesti kau sedih. Sedangkan hilang pakwe kau dah meraung. Betul tak? But, instead of that aku bukan hilang pakwe. Tetapi aku kehilangan seseorang yang mungkin tiada pengganti tempatnya dalam hati aku. Seorang ayah. i'm missing him deadly. But, dia dah pergi dulu meninggalkan aku. Well, mungkin bukan aku seorang saja yang merasai kehilangan seorang ayah bahkan ada yang kehilangan kedua dua permata hatinya. Bak kata orang, hilang itu boleh diganti. Tetapi bagi aku, harta yang paling aku hargai, harta yang paling aku jaga, harta yang paling aku sayang takde gantiannya dengan apa apa pun. Sejujurnya, siapa tak rindukan ayahnya kan? Walaupun berjauhan tetap akan rindu, betul tak? Setiap masa aku rindukan dirinya, rindukan gelak tawanya, rindukan amarahnya, rindukan nasihatnya, rindukan senda tawanya. I'm missing all of that. I'm too closer with him. Aku taksempat nak mohon maaf, nak minta ampun atas segala dosa dosa aku kepada dia before he close his eyes. Sekiranya aku diberi peluang itu sekali lagi, tapi aku tak boleh nak menafikan takdir Allah. Siapalah kita nak menafikannya. 

Sejujurnya, aku pernah membayangkan hidup aku tanpa seorang ayah.Aku berfikir bagaimana keadaan aku sekiranya ayah tiada disisi aku. Aku dulunya taksanggup kehilangan permata tersebut, Tapi atas kuasa Allah, Kehendak Allah, Allahuakbar, Allah uji aku sekeluarga dengan menjemput ayahku pergi tinggal bersamaNya. Hanya seminggu aku hadiahi ayahku dengan keputusan yang terbaik telah aku lakukan. Walaupun taksehebat mana keputusan tersebut nak dibangdingkan dengan kawan kawan aku yang lain, aku lihat segaris senyuman dia dan merasakan kegembiraan dia. Walaupun dia takdapat nak bersama aku sewaktu aku pergi mengambil keputusan tersebut, tetapi mendengar tangisan kegembiraan dia membuatkan aku bahagia. itu bermakna dia bangga dengan aku. Tetapi ianya hanya seminggu. Hanya seminggu aku banggakan dia sebelum dia menutup mata sepenuhnya. Bertarikhkan 10/3/2015 dia pergi meninggalkanku. Meninggalkan kami sekeluarga. Dialah tempat aku meluahkan rasa, tempat aku mengadu segalanya. Senyuman dia, Gelak dia. Takpernah aku lupakan walaupun sedetik. Dia pergi meninggalkan kesan yang begitu besar buat aku. Kini rumah ini kosong tanpa gelak tawanya, senda guraunya, amarahnya. Aku rindukan semua itu. 

Kehidupan seorang ayah yang takpernah lepas daripada masalah dalam menempuhi segala rentak kehidupan. Aku selalu berpegang dengan kata-katanya, "Kaklang, biarlah orang taksuka pada kita, taksuka dengan kesenangan, dengki dengan kehidupan kita. Tapi kita jangan jadi seseorang yang macam tu. Jangan kita dengki dengan orang." Tersemat di fikiran dia saat dia menuturkan kata-kata tersebut. Aku tahu setiap manusia ada perasaan hasad dengki yang berleluasa. Yang tak boleh melihat kebahagiaan orang lain. Aku tahu segala liku-liku kehidupan dia. Perihnya, peritnya, pedihnya. Hanya dia je yang tahu.Tetapi aku turut merasakannya. Dia takpernah menunjukkan penat lelahnya membesarkan aku adik beradik, mencari nafkah, memastikan segala keperluan kami mencukupi. Itu tanggungjawab dia. Dan lebih membanggakan aku, dia berjaya menjalankan amanahnya dengan baik sekali. Membuatkan aku lebih bangga dengan dirinya, walau seribu kali dia dijatuhkan, dia dikutuk, dimaki, dia tetap bangun dan terus melangkah ke hadapan. Aku bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang. Hasrat dia walaupun dia tak mampu beri kami kemewahan yang berganda, hanya sekadar melihat kami cukup makan pakai. Itupun sudah memadai. 

Adakalanya aku melihat kawan kawan aku memeluk cium ayah mereka, aku sebak tanpa sedar aku mengalirkan air mata. Aku cemburu melihat keramahan mereka, kemesraan mereka tetapi hakikatnya aku tidak lagi merasai itu semua. Semua itu hanya tinggal kenangan. Kenangan yang bersemadi dalam hati aku. Walaupun dia sudah tiada di sisi kami, aku bersyukur masih ada lagi keluarga aku yang lain, Ibu, Along, Kakngah, Bangcik,Adik and lain lain. Masih ada lagi kawan kawan aku disisi aku, setia bersama aku. Aku rindukan segala tentang dia. Jikalau aku diberi peluang untuk mendakapnya, memeluknya erat. Ingin aku luahkan segalanya pada dia sebelum dia pergi meniggalkan aku. Dulu, jika aku ada masalah, aku kesedihan dialah tempat aku meluahkan, tempat aku mencari ketenangan. Dia seorang yang penenang, penyayang, tegas. Everything about him always in my mind. I'm never erase all of that. Biarpun seribu masalah yang mendatang, tidak pernah sekalipun dia merungut. Dia sentiasa kuat. Sentiasa tabah. Dialah penguat keluarga kami. Biarpun ramai yang taksuka ayah, biarpun ramai dengki dengan kehidupan ayah, Kaklang nak ayah tahu, Kaklang bangga mempunya seorang ayah yang sangat kuat. Ujian yah itu membakar lagi semangat dan keyakinan ayah untuk meneruskan rentak ayah, meneruskan langkah ayah.

Membuatkan aku lebih bersyukur, dia pergi bukan kerana dia sakit. Tetapi dia pergi kerana Allah sudah meletakkan takdir hidup dia, perjalanan hidupnya sampai situ saja. Disaat doktor menyatakan ayah tidak mempunyai sebarang penyakit, aku bersyukur sangat. Biarlah dia pergi bukan kerana dia menderita kesakitan, tetapi dia pergi untuk menyahut seruan Ilahi. Alhamdulillah. Aku lebih sanggup melihat dia pergi dalam rebahnya daripada dia pergi menanggung kesakitan. Aku lagi taksanggup. Ingatan ku masih kuat disaat dia mengatakan dia ingin menunaikan umrah pada usianya 50 tahun, dan Alhamdulillah Allah memberinya peluang untuk menjalankan ibadah umrahnya untuk kali terakhir. Biarpun pada asalnya impian dia untuk menunaikan ibadah umrah bersama kami sekeluarga tidap tertunai, tetapi cukuplah untuk dia dan ibu menunaikan bersama. Alhamdulillah. Allah memberi dia peluang. Allah itu maha Penyayang. Allah itu maha Pengasih. Aku yakin Allah uji aku sekeluarga, kerana Allah tahu aku mampu menjalani kehidupan ini tanpa seorang ayah disisi. Pemergiannya mampu membuka mata orang sekeliling dia yang dia bukanlah pengecut. Apabila dimaki, dikutuk dia terus menyembunyikan diri, bahkan dia terus mengorak langkah. Tidak pedulikan apa orang kata. Segala kisah hidup ayah, biarlah kaklang jadikan pengajaran. Seorang ayah yang menjadi anak yatim sejak dari kecil mampu untuk bangun mampu untuk membuktikan kepada orang laain yang dia juga boleh berjaya. Boleh membina keluarga.Ayah tahukan ayah dah buktikan kepada semua orang ayah dah berjaya. Ayah , you did it! Have a blast Ayah. May Allah always shower you HAPPINESS there. You are no longer with us but I know you are always beside us without seeing you.

Biarpun dulu kaklang selalu mendoakan semoga ayah panjang umur, tetapi sekarang tidaklagi. Ayah di alam lain. Dan sering kaklang memohon agar ayah dibawah Lindungan Allah, ayah dibawah rahmatnya.
Biarpun kehadiran ayah kaklang taknampak, kaklang dapat merasakannya walaupun hanya dalam mimpi πŸ’•  

Semoga ayah baik baik disana. I'm just missing you rn πŸ’‘ 
Terima kasih segalanya Ayah 😊 . I'm done here.

PUBLISH!

Selamat Pengantin Baru Sahabat :)))
Sunday 27 November 2016 β€’ 20:58 β€’ 0 comments

Assalamualaikum gaiss, 

Apa khabar semua ? sihat kah ? Hehehehe . Lama dah tak update blog kan ? Berhabuk pun ada . Hopefully semua baik baik je kan ? Amiinnn . Well , hari nak open story pasal kawan kitaa ❀ . Alhamdulillah, setelah pelbagai dugaan rintangan dan halangan, kawan ainun ni pun bersatu jugak . Bersyukur sangat πŸ˜‚ .Nak tahu tak siapa yang gadis pertama mendirikan rumah tangga dalam kalangan batch 97 SMKAP . Nama dia Nur Najihah Binti Mohamed Ismail bersama pasangannya Hafiz Rahim πŸ’• . Bertarikhkan 18 November 2016 , telah selamat pasangan itu diijabkabulkan 😏 . Alhamdulillah sebak tak terkata . Macam taksangka member sendiri dah kahwin . Rapat pulak tu . Hehehehe . Ni yang rasa nak kahwin ni . Tapi apakan daya . Calon masih kosong . Ihiks πŸ™ˆ . Siapalah nak diri ainun ni kan ? Taksedar hidung tak mancung , pipi tersorong-sorong . Hahahaha . Takpelah . Manalah tahu suatu hari nanti ainun dapat jugak merasa naik pelamin kan πŸ˜… ? Ehh , salah cerita pulak . HAHAHAHA . Kenapa nak story pasal ainun ni . hehehehehe 😁 . Okayy , sekarang ni ainun nak tunjukkan korang majlis nikah kawan ainun tuu . Eh lupa pulak nak gitauu , Ainun panggil kawan ainun ni kaklang tauu πŸ˜€ sebab dah terbiasa panggil camtuu dari sekolah lagi . Melekat sampai sekarang . Firstly , ainun akan tunjukkan majlis nikah then baru kahwin tau πŸ’—πŸ’‘ .
.....
....
...
..
.

 Haa , ni kawan kawan ainun. Ada yang d USIM, ada yang dr UPSI.
Menantikan saat tibanya kaklang masuk ke dalam dewan . Hahaha pakai baju pagi tadi tu sebab tak sempat nak changeπŸ˜• . Yelah majlis lepas maghrib . Terus lah pi dewan depan UIA tu . Hehehehe 😁 .
....
...
..
.

Haa , ni lah saat mendebarkan. Time akad nikah ni . Kami pun berdebar . Cehh macam aku je nak nikah kan ? Hehehehehe πŸ˜‚ . Hafiz Rahim tu pakai baju putih pakai kopiah putih tu . Nampak tak πŸ˜‰ .
....
...
..
.

Alhamdulillah selesai akad. Ni time para imam imam pergi solat isyak . So apelagi amik aura lah . Hehehehe πŸ’“ . Oh ni semua reunion sekolah Ainun. Set set dak dak sekolah SMKAP . Tapi time nikah ni takramai pun yang turun 😯 . 
....
...
..
.

Cantiknyaa kaklang. Heee geram sayaaa πŸ˜† Rasa nak kahwin gak . Aipp tapi sabar ye ainun . tunggu ada calon dulu k πŸ˜‰ . Haa tudung hijau tu Cikmimi Mel mel tauu .
....
...
..
.

Ha , ni kawan kawan usim kami . Hehehee . Sanggup mereka turun nak memeriahkan majlis πŸ’ž . 
....
...
..
.

Ha , time nilah ainun sangat sebak . Akhirnya , mereka bersatu . Alhamdulillah bersyukur sangat 😊 πŸ’• . Jika dua hati sudah sebati, bukan mudah untuk dileraikan πŸ’• . Semoga Mereka kekal hingga ke hujung hayat dan hanya maut saja memisahkan mereka berdua . Amiinn . Ya Allah , peliharalah rumah tangga mereka kali ini 😍 .
....
...
..
.


Last but not least , Selamat Pengantin Baru Kaklang πŸ’‘
Eh eh , gambar sanding nak tengok sekali ke ? Hehehe . Ok boleh je πŸ’–
....
...
..
.


Ha , ni Kaklang dan Pasangan πŸ’•
....
...
..
.

Ehem ehem , alahai sweetnya πŸ’ž
....
...
..
.

Sebelum naik pelamin jumpa Tengku Mahkota , Mari kita selfie duluan πŸ’“
....
...
..
.

Ha ni baru ramai ramai . tapi ni baru separuh , adalagi takdatang πŸ’‹
....
...
..
.

Ha ni set set laki pulak nak photoshoot 😏
....
...
..
.

Apa apa pun harapan besertakan doa kami . Semoga Nur Najihah Binti Mohamed Ismail bahagia sampai ke akhir hayat πŸ’• .Em , rasanya dahlama sangat menaip ni . /// 
Daa see you next time , muah cikedd πŸ’‹ πŸ’‘

Dak dak mission , Ainun Laila Atin .
Wednesday 23 November 2016 β€’ 08:45 β€’ 0 comments

Assalamualaikum gaiss , 
.....
....
...
..
.
Hai hai , actually lama dah nak cerita ni . hehehe . Tahu tak ainun ade satu group ni . Nama group tu "Dak dak mission" , kejadahnya nama camtuu kan . hahahaha , tapi entahlah . ada kisah actually sebab apa nama group tu nama camtuu πŸ˜… .Okay , nak ainun cerita tak ? Kihkihkih , kisah dia bermula dengan satu harini kitorang kelas ICT , dari pukul 2-4 petang . K , ainun laila dengan atin ni set set duduk belakang tauu . suka bukak mende alah lain tau . Youtube , twitter , instagram lah . bagai 😎 . Pastu ada satu minggu ni kitorang cuak tau , bila dengar nak present kat depan . kitorang pun pasanglah niat nak siapkan . So, kitorang pun cakap lah camni . K Ainun cakaplah camni kat laila and ati "weh , korang harini takkira kita kene siapkan lab kita " pastu atin kata lah " ha ni mission kita . siapkan jugak cemana pun . Liala pun ha lah . Sebab tulah lekat nama dak dak mission kat kami bertiga . kalau ape ape je , mesti kami bertiga pergi depan . contoh haritu ade debat dalam kelas eko , kami beritga pergi depan tau tau . Hahahaha , when bebudak mission conquer . Hahahaha 😊 , entahlah dengan dorang ainun ras yakin , bersungguh nak buat bende tu hehehehehe 😍 , Ape ape pun mesti dengan dorang , kadang tu balik sama dengan dorang . Buat kecoh tepi jalan nak balik KK1 . Kalau bising kecoh tu kami lah tuu . hahahahaha 😏😏 . Then , ape best pasal dorang kitorang bebas nak cakap pasal ape pun . Sekepala kan . Semua mende jadik . Haa sebelum lupa nak bagitauu , Atin tu dah berpunya . Kami je belumm. Hahaha bukan nak promote diri tauu πŸ˜°πŸ™ˆ . Ape yang boleh ainun cakap pasal dorang , dorang is funny , happy go lucky . Hahahaha 😯 . Bukan senang nak jumpa member macam tu . Kepala masuk air 😊 . So, skrg pun dah melekat dah nama tu kat kami . Dak dak mission . Hanya satu mission, tapi still gak tak menjadi . . Papepun , ainun bertuah ada member macam dorang πŸ’‘ .
.....
....
...
..
.

Haa , ni lah dak dak mission . Member sekepala yang suka buat hal sendiri dalam kelas ICT . Dari kiri tu laila , tengah Atin and last is me . Hehehehe 😝 .
I think dah cukup taip pepanjang ni . Hehehehe . Enough for today/// Daaaa πŸ’•

Lot of love πŸ’• , Ainun Najihah Abu Sarin πŸ’‹
...
..
.

Kbyee , saje je nak letak gambar time daftar dulu . Ihiks πŸ™Š

New life , new friend , new everything :')))
Tuesday 18 October 2016 β€’ 03:56 β€’ 0 comments

Assalamualaikum , hai kawan kawan .


   Ainun , rasa ni baru first time on balik blog . Well , blog dulu dalam kenangan. Sekarang ainun comeback dengan blog baru . Acah je nak ada diari tapi sengal jugak takde :'). And now , after a few years ago , ainun muncul balik . kihkihkih, rinduu zaman blogging nihaa , yelah dulu menggedik nak ada blog:). Zaman pramatang kan ? so macam macam nak buat . sekarang dah besar boleh fikir sikit sikit kot , hehehehe . Act , nak gitau ainun dah sambung belajar tau .

Ainun sambung kat dalam negara je . Takmampu nak sapai oversea lagi setakat ni , Emm , lagipun selepas ayah meninggal takde rasa nak pi oversea pun :),
better ainun sambung sini je kan , yelah ibu pun masih menanggung kami . Kini ibu adalah ayah dan ibu . takde dah yang lain . dia harta ainun dunia akhirat. Amiinn ya rabbal Alamin . hehehehe semoga ainun tabah kan :)) . Hahahaha , itu satu kehilangan , tetapi penggantinya adalah kehidupan ainun sekarang . Biarpun hidup ni takde seorang ayah , tapi ainun masih lagi diberi peluang untuk meneruskan cita cita ainun tauu . Mempunyai kawan kawan yang understanding . yang always ada dengan ainun . walaupun dulu ainun takramai kawan . tapi skrg Alhamdulillah :)) .

Haa , pasal study ainun , Ainun sambung degree dah skrg . Before that , ainun tke foundation je :)) . Still tempat yang sama , hehehe rezeki Allah tetapkan kat situ so ainun just follow the flow yang Allah dah aturkan . Tapi tapi ainun tak sambung dah kos perakaunan , ainun take part in economic subject . Walaupun hakikat ainun ni takde basic economy , tapi berkat ainun belajar foundation tu , adelah sikit sikit basic nya . hahahaha . Alhamdulillah ainun can handle the subject . And guess what , ainun suka ekonomi :)) . itu jelah kehidupan ainun skrg . takde ape pun yang menarik . just a new life bring me a good sense to continue my life :)) . 

well , I have to go . see you soon BG . see yaa . Assalamualaikum . 
Ikhlas , Ainun Najihah :D .



Welcome to my blog . Please navigate around happily and enjoy your blogwalking. And follow me if you like to ;> Don't forget to leave your footsteps so I can visit you back ;3 bold italic underline strike

Diary About Link Stuff




Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana
Owner: EnunNjhxh